Friday, October 31, 2008
ISA tidak perlu dihapuskan
Sejarah telah membuktikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah berjaya digunakan dalam menangani kegiatan komunis yang boleh menjejaskan keselamatan negara pada masa lalu. Akta berkenaan telah dapat melindungi negara dari kegiatan dalam negara yang boleh mencetuskan keadaan huru hara lebih - lebih lagi negara ini mempunyai pelbagai bangsa. Amatlah ditakuti jika akta berkenaan sudah tiada jika berlaku sesuatu dimasa hadapan ia akan menyulitkan keadaan. Diera globalisasi ini macam-macam boleh berlaku yang kita sendiri tidak dapat jangkakan. Walaubagaimanapun penggunaan akta ISA ini seharus tidak boleh digunakan sesuka hati oleh pihak kerajaan. Mekanime penggunaan haruslah menitik beratkan keadilan kebenaran dan kewajaran. Untuk maklumat Singapura negara jiran masih mengekalkan ISA mereka, dalam kes terbaru kerajaan Singapura menggunakan ISA untuk menanggani kegiatan pengganas. – Kasura, Shah Alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment