Friday, October 31, 2008

Guru-guru seharusnya dihormati

Pelajar perempuan membelasah guru,yang berlaku di negeri Perlis baru-baru ini amat mengejutkan di negara kita yang mengamalkan budaya saling hormat menghormati. Jika belaku perkara ini di negara barat bukanlah taboo bagi mereka. Jika di negara kita ia amat mengejutkan dan menyedihkan. Tujuan saya bukanlah hendak menyokong 100% kepada guru tersebut dan menyalahkan 100% kepada pelajar tersebut. Bagi saya seharusnya guru-guru perlu mempunyai aura untuk dihormati oleh pelajar dan masyarakat. Jika dizaman dahulu kerjaya sebagai guru amat disanjungi oleh pelajar dan masyarakat sekeliling. Lihat sahajalah guru-guru dahulu mereka masih dihormati walaupun telah lama bersara. Kerjaya sebagai guru telah diangkat dan dimartabat ketahap yang sepatutnya, disinilah guru-guru perlu meningkatkan keprofesionalan mereka. Dizaman ini bukan sahaja pelajar membelasah guru tetapi terdapat juga segelintir ibubapa berkonfrontasi dengan guru-guru kerana tidak puas hati perkara yang melibatkan anak mereka di sekolah. Kehadiran guru-guru di dalam kelompok masyarakat, juga diperhatikan gerak-geri dan dinilai oleh masyarakat. Mellalui tingkah laku mereka inilah dapat mencerminkan sama ada mereka akan dihormati atau sebaliknya. Bagi saya kerjaya sebagai seorang pendidik mempunyai tanggungjawab yang amat besar. Apa yang diajar dan disampaikan guru memberi kesan dan implikasi kepada generasi masa hadapan. Jika seorang guru yang baik dan sayangkan anak bangsa sebenarnya bukanlah laporan polis yang perlu diutamakan, laporan polis dilakukan seperti kes di Perlis tersebut telah mengambarkan kecetekan dalam menghadapi beban tugas. Nilai kasih dan keikhlasan mesti diutamakan dan pihak polis yang mempunyai tugas lain tidak perlu lah terlibat dalam hal-hal yang boleh diselesaikan ini. Pelajar sekolah pada hari ini semakin biadab seperti merakam perbuatan lucah dan pergaduhan,disinilah kebijaksanaan guru-guru dalam menyedarkan mereka. Jika pihak polis digunakan dalam hal yang boleh di selesaikan pihak sekolah boleh diibaratkan “umpama api disiram minyak”. Pelajar dan keluarga yang melakukan kesilapan tersebut akan menanggung malu dan masa depan mereka akan terus kabur. Kita sering dihebahkan bagaimana gologan pendidik dinegara miskin hanya mengajar dibawah sepohon pokok kerana ketiadaan sekolah, ada yang tiada menerima gaji dan sebagainya. Dalam hal ini tiada pula kedengaran gologan pendidik disana di pukul oleh pelajarnya. Ini kerana keikhlasan dan didikan murni mereka dihargai oleh pelajar dengan seribu kemaknaan. Persoalan terakhir mengapakah semakin ramai pelajar sanggup memukul guru yang menyuapkan ilmu kepada meraka, apakah pandangan mereka terhadap guru-guru tersebut? Fikir-fikirlah wahai guru-guru.– Bukan Guru, Kasura, Shah Alam.

No comments: