Harapkan hujan sampai petang rupanya ribut taufan yang melanda. Apa sudah jadi dengan pasukan Malaysia. Kekecewaan berterusan peminat yang datang kestadium (Bukit Jalil) mengharapkan kemenangan bergaya berdasarkan keyakinan kemenangan keatas pasukan lawan di peringkat kumpulan dan semi final. Namun difinal malam tadi pasukan negara yang menguasai pelawanan gagal menterjemahkan goll..
Ramai yang berpandangan sebenarnya pasukan bimbingan B.Shathiya Nathan ini merupakan antara pasukan terbaik negara dalam masa 4 hingga 5 tahun ini. Kombinasi pemain cukup baik namun beberapa pemain harus digugurkan, dengan jelas pemain seperti Hairudin Omar dan Irwan Fadli harus diketepikan dimasa hadapan. Corak pemainan mereka jelas tidak memberansangkan dan juga menjadi faktor kegagalan skuad negara. Mereka pemain seharusnya menunjukan keprofesionalan dengan meningkatkan cara permainan dan ketahanan bermain sehingga masa tambahan, sebagai contoh pemgempur utama negara pada masa kini Mohd safi Salee amat letih dimasa tambahan walaupun corak pemainannya agak baik. Saya teringat kepada pasukan Turki di Euro 2008 yang mana bila diwaktu masa tambahan corak dan semangat mereka membuak-buak sehingga pasukan yang lebih hebat tumpas seperti pasukan Repulik Chech. Pasukan yang datang kepestabola merdeka pada tahun ini bukanlah pasukan utama dari negara berkenaan, sebagai contoh Vietnam, mereka hanya menurunkan pasukan campuran.
Bagaimana nanti di kejohanan Piala negara ASEAN pastinya Vietnam akan menghantar pasukan utama meraka. Sedangkan pasukan utama negara gagal menumbangkan pasukan ke 2 atau ke 3 neraga tersebut. Jelas pemain pasukan negara kurang profesional dan bersikap ego. Kalau di Eropah penyerang Manchester United iaitu Bebatov dari Bulgaria gagal menunjukan pemainan yang di harapkan untuk negara. In i bolehlah disamakan dengan pemai-pemain skuad negara. Saya juga amat pelik dengan pemilihan pemain muda yang digunakan B.Sathia kenapa pilih pemain yang tiada keistimewaan sebagai contoh pemain muda dari Terengganu iaitu Shaari seharusnya tidak dimasuk untuk mengantikan Hardi Jaafar.. Ada lagi pemain senior yang lain jika ingin memantapkan pasukan negara contoh Liew Kit Kong, Amri Yayah, Daniel Fazli, dan beberapa pemain dari Kedah. Sebagai bos B.Sathia Nathan Seharus mempunyai idea yang jelas. Contoh malam tadi bagi saya seharusnya Malaysia bermain secara bertahan bukan menyerang yang terbukti tidak tajam untuk meterjemahkan gol. Bila bermain secara bertahan Pasukan Vietnam akan mempunyai ramai pemain memasuki kawasan Malaysia di sini hantaran jauh diperlukan dan kepantasan Safi Salee, Indra putra, Khairil Muyamin dan Zakuan digunakan untuk memdapat gol. Adakah cara ini tidak boleh difikirkan oleh Jurulatih dan pemain-pemain. Rakyat terus menerus dikecewakan oleh pasukan negara.. Fikirlah sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment