Friday, October 31, 2008
Skuad Bola Sepak Kebangsaan Masih ada Harapan
Walaupun kekecewaan selepas tewas diperingkat akhir pada Pestabola Merdeka edisi 2008 ditanggan pasukan muda Vietnam masih terasa, nada harapan terhadap skuad bimbingan B. Sathia Nathan dimasa dan kejohanan yang lain masih menggunung. Pemain-pemain yang sebelum ini tidak pernah muncul untuk mewakili skuad kebangsaan seperti Mohd Daudsu yang beraksi dengan baik, dalam penentuan sepakan penalti dia telah melakukan satu sepakan yang amat bergaya seharusnya membuka mata semua pihak yang mana skuad kita masih tidak ketandusan pemain yang berkaliber. Pada pandangan saya, pada keseluruhan pasukan ini sebenarnya sudah semakin mantap cuma pemain perlu lebih kretif untuk menghasilkan gol. Diharapkan beberapa permain harus disenaraikan dalam skuad kebangsaan seperti Liew Kit Kong (K. Naza) dan Daniel Fazli (Perak/Perlis) untuk memantapkan barisan tengah. Keseluruhan pemain skuad kebangsaan ini mempunyai mutu yang baik, sekiranya skuad ini yang diturunkan pada kejohan piala Asia 2007 yang lalu pasti kita tidak dimalukan dengan dibolosi 5 gol oleh pasukan lawan. Bagi Kejohanan Pestabola Merdeka yang dikatakan kejohanan jemputan tertua di Asia seharusnya menampilkan skuad yang lebih hebat seperti skuad Korea Selatan, Jepun, Timur Tengah dan beberapa skuad Afrika . Walaupun skuad negara yang saya sebutkan tadi menghantar skuad pelapis, skuad ke-2 atau bawah 23 tahun sebenarnya sudah sesuai untuk pendedahan kepada skuad kebangsaan untuk bersaing dengan pasukan yang kompetitif. Janganlah kita syok sendiri diatas kemenangan terhadap skuad Afghanistan mahupun Myammar kita haruslah sedar dengan keadaan negara meraka. Jika benar-benar ingin melihat persaingan sihat mengapa tidak dijemput skuad Iraq atau Palastine yang lebih berkualiti. Pemain-pemain yang ada perlulah meningkatkan kecergasan serta kesungguhan dan bersedia mengharungi perlawanan yang mencabar. Bagi pemain-pemain yang kurang menyerlah seharus digugurkan, gugur bererti bukan gugur selamanya, Jika prestasi mereka kembali baik diliga tempatan tidak salah diserapkan semula dalam skuad kebangsaan. Sikap ego harus diketepikan dan tahap professional harus aplikasikan didalam diri pemain. Sebagai contoh jika dimarahi oleh jurulatih atau provokasi dari penyokong seharus pemain tersebut lebih tenang dan mengangap sebagai beban tugas yagn harus diselesaikan dengan sempurna dan berjaya. - Kasura, Shah Alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment