Wednesday, December 3, 2008

Pengkid, YOGA dan NGO Bukan Islam

Jika di negara-negara barat gologan gay, homoseksual dan lesbian mengadakan perarakan untuk mendapatkan hak dari segi undang-undang mengenai tuntutan mereka terhadap kerajaan masing-masing. Selepas majlis fatwa memutuskan untuk mengharamkan Pengkid terdapat beberapa NGO bukan Islam cuba menidakan keputusan majlis fatwa ini. Mereka beranggapan fatwa yang diputuskan banyak menindas gologan wanita. Yang paling menyedihkan terdapat juga segolongan orang Islam sendiri menyokong NGO-NGO ini dan menyelar tindakan majlis fatwa tersebut. Bak seperti di negara barat ahli NGO berkenaan telah mengadakan demontrasi di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menyatakan pendirian mereka. Kurang kefahaman tentang Islam dan fahaman sempit terhadap Islam adalah punca utama NGO-NGO ini menentang keputusan Majlis fatwa bekernaan. Jika NGO masih ingin menentang keputusan majlis fatwa berkenaan tidak salah jika debat terbuka diadakan untuk menghurai kekusutan dan kefahaman dapat dijelaskan kepada orang ramai. Satu lagi fatwa mengenai pengharaman Yoga sismentik, diharapkan orang-orang bukan Islam tidak menjadikan ia sebagai isu dan beranggapan satu peghinaan kepada agama mereka. Fahamilah fatwa-fatwa yang dikeluarkan hanya untuk orang-orang Islam kepada yang bukan Islam tidak perlu bimbing mengenai pekara ini. Keputusan fatwaan yang dikeluarkan hanyalah untuk menambah baikan kepada umat Islam supaya bepegang kepada akidah Islam yang sebenarnya. Janganlah kaitkan terrorist, Al-Qaeda, Taliban, pengebom nekad dan lain-lain yang dianggap kurang menyenangkan dengan ajaran Islam. Sesungguhnya ajaran Islam suci bersih dan membawa keaman kepada umat manusia. – Kasura, Shah Alam

No comments: