Friday, October 31, 2008

Penerokaan ke bulan keDimensi Baru

Beberapa buah negara Asia telah mengorak langkah dengan melancarkan program angkasa masing. Negara-negara Asia seperti China, Jepun dan India telah pun melancar roket angkasa pada tahun 2008 ini. China pula satu kuasa ekonomi dunia yang baru telah pun menghantar angkasawan mereka sendiri ke orbit bumi dengan menggunakan teknologi sendiri. Ini meletakkan mereka standing dikalangan dengan negara seperti Rusia and Amerika Syarikat yang telah berjaya menghantar angkasawan masing – masing diangkasa lepas. Kini nampaknya perlumbaan keangkasa yang baru telah bermula, setelah era kejatuhan Soviet Union. Bulan/lLunar satu-satu struktur ruang angkasa yang pernah manusia jejaki iaitu melalui program angkasa lepas Amerika Syarikat yang dinamakan Appolo 8. Angkasawan Niel Amstrong telah berjaya memacakkan bendera Amerika Syarikat di bulan. Itu adalah peristiwa 40 tahun yang lalu. Selepas peristiwa bersejarah tersebut tiada lagi kelibat dan usaha untuk meneroka ke bulan, mungkin kerana faktor kewangan dan risiko yang amat tinggi jika hendak melakukan program ke bulan. Amerika Syarika sendiri beberapa kali telah pun pernah mengalami kemalangan dalam program angkasa mereka sehingga meragut nyawa lihat sahajalah kemusnahan kapal angaksa Appolo 7 pada tahun 1967, Discovery 1988 dan Columbia 2003. Walaupun tragedi nahas membabitkan program angkasa lepas amat memilukan tetapi ia tidak mematahkan semangat umat manusia untuk cuba meneroka ruang angkasa. Faktor ini membuatkan negara Asia berlumba cuba menunjukan kebolehkan mereka melalui teknologi yang dimajukan sendiri untuk keangkasa lepas. Berbalik semula kepada perlumbaan kebulan, Amerika Syarikat sendiri telah pun menyatakan kesedian mereka untuk melancarkan program ke bulan yang baru dan merancang meletakan stesen angkasa di sana. Di India satu program untuk pemetaan bulan yang baru telah dilancarkan.Mengapakan sekarang bulan kemabali menjadi sasaran baru setelah hampir 40 tahun. Ada kajian yang menyatakan bahawa sumber galian banyak terdapat dibulan contoh sumber gas helium yang begitu berguna untuk tenaga nuklear sememangnya terdapat dibulan. Malaysia seharusnya tidak ketinggalan dalam program penerokaan angkasa lepas. kerana nilai kepentingannya amat berguna untuk masa hadapan. Sebagai contoh lihat sahaja pengunaan satelit jika dahulu hanya pihak tentera Soviet dan Amerika yang menggunakan satelit untuk mengintip satu sama lain. Kini sektor industri dan komunikasi begitu dekat dengan pengunaan satelit. Itulah antaranya kemajuan yang diperolehi menerusi program angakasa lepas. Kini bulan pula yang diyakini boleh membawa kebaikan kepada manusia – Kasura, Shah Alam

No comments: