Friday, October 31, 2008
ISA tidak perlu dihapuskan
Sejarah telah membuktikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah berjaya digunakan dalam menangani kegiatan komunis yang boleh menjejaskan keselamatan negara pada masa lalu. Akta berkenaan telah dapat melindungi negara dari kegiatan dalam negara yang boleh mencetuskan keadaan huru hara lebih - lebih lagi negara ini mempunyai pelbagai bangsa. Amatlah ditakuti jika akta berkenaan sudah tiada jika berlaku sesuatu dimasa hadapan ia akan menyulitkan keadaan. Diera globalisasi ini macam-macam boleh berlaku yang kita sendiri tidak dapat jangkakan. Walaubagaimanapun penggunaan akta ISA ini seharus tidak boleh digunakan sesuka hati oleh pihak kerajaan. Mekanime penggunaan haruslah menitik beratkan keadilan kebenaran dan kewajaran. Untuk maklumat Singapura negara jiran masih mengekalkan ISA mereka, dalam kes terbaru kerajaan Singapura menggunakan ISA untuk menanggani kegiatan pengganas. – Kasura, Shah Alam
Kisah Noor Fadilah Ahmad Seharusnya Menjadi Pengajaran
Terharu melihat kekegembiraan bercampur kesedihan ibu bapa kepada Noor Fadilah apabila dapat berjumpa semula dengan anak mereka. Anak gadis dan wanita Malaysia seharusnya bersikap realistik jangan ikut perasaan dengan samggup meninggalkan keluarga demi kekasih yang belum tentu membawa kebahagian. Janganlah terikut-ikut dengan budaya primatif, lari mengikut kekasih dan lberkahwin tanpa restu ibu bapa amat serong dan sumbang dari adat budaya masyarakat melayu Malaysia.
Skuad Bola Sepak Kebangsaan Masih ada Harapan
Walaupun kekecewaan selepas tewas diperingkat akhir pada Pestabola Merdeka edisi 2008 ditanggan pasukan muda Vietnam masih terasa, nada harapan terhadap skuad bimbingan B. Sathia Nathan dimasa dan kejohanan yang lain masih menggunung. Pemain-pemain yang sebelum ini tidak pernah muncul untuk mewakili skuad kebangsaan seperti Mohd Daudsu yang beraksi dengan baik, dalam penentuan sepakan penalti dia telah melakukan satu sepakan yang amat bergaya seharusnya membuka mata semua pihak yang mana skuad kita masih tidak ketandusan pemain yang berkaliber. Pada pandangan saya, pada keseluruhan pasukan ini sebenarnya sudah semakin mantap cuma pemain perlu lebih kretif untuk menghasilkan gol. Diharapkan beberapa permain harus disenaraikan dalam skuad kebangsaan seperti Liew Kit Kong (K. Naza) dan Daniel Fazli (Perak/Perlis) untuk memantapkan barisan tengah. Keseluruhan pemain skuad kebangsaan ini mempunyai mutu yang baik, sekiranya skuad ini yang diturunkan pada kejohan piala Asia 2007 yang lalu pasti kita tidak dimalukan dengan dibolosi 5 gol oleh pasukan lawan. Bagi Kejohanan Pestabola Merdeka yang dikatakan kejohanan jemputan tertua di Asia seharusnya menampilkan skuad yang lebih hebat seperti skuad Korea Selatan, Jepun, Timur Tengah dan beberapa skuad Afrika . Walaupun skuad negara yang saya sebutkan tadi menghantar skuad pelapis, skuad ke-2 atau bawah 23 tahun sebenarnya sudah sesuai untuk pendedahan kepada skuad kebangsaan untuk bersaing dengan pasukan yang kompetitif. Janganlah kita syok sendiri diatas kemenangan terhadap skuad Afghanistan mahupun Myammar kita haruslah sedar dengan keadaan negara meraka. Jika benar-benar ingin melihat persaingan sihat mengapa tidak dijemput skuad Iraq atau Palastine yang lebih berkualiti. Pemain-pemain yang ada perlulah meningkatkan kecergasan serta kesungguhan dan bersedia mengharungi perlawanan yang mencabar. Bagi pemain-pemain yang kurang menyerlah seharus digugurkan, gugur bererti bukan gugur selamanya, Jika prestasi mereka kembali baik diliga tempatan tidak salah diserapkan semula dalam skuad kebangsaan. Sikap ego harus diketepikan dan tahap professional harus aplikasikan didalam diri pemain. Sebagai contoh jika dimarahi oleh jurulatih atau provokasi dari penyokong seharus pemain tersebut lebih tenang dan mengangap sebagai beban tugas yagn harus diselesaikan dengan sempurna dan berjaya. - Kasura, Shah Alam
Lebihan tenga kerja warga Bangladesh mengaibkan
Sudah jelas lagi bersuluh, kebanyak ejen-ejen pekerja asing mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan dengan mengekploitasi pekerja warga Bangladesh. Menawarkan janji-janji manis kepada pekerja tersebut hanyalah drama mereka bagi mendapatkan keuntungan tanpa mengira beban yang akan ditangung oleh kerajaan. Tindakan yang tegas harus diambil terhadap ejen-ejen ini mengekploitasikan kebenaran yang diperolehi untuk kepentingan peribadi amat mendukacitakan. Candangan untuk memansuhkan pengunaan ejen dan mengunakan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) secara berpusat untuk mengambil tenaga kerja asing adalah merupakan langkah terbaik. Tetapi perlaksanaan perlulah diperhalusi dan dikaji baik-buruk untuk untuk kepentingan negara. Mungkin keberkesanan atau jalan yang terbaik akan diperolehi melalui kajian mendalam. Jika JTK dikerahkan untuk melaksanakan tanggungjawab ini, menampakkan kesungguhan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini . Langkah terbaik adalah untuk kesejahteraan rakyat. – KASURA, Shah Alam
Guru-guru seharusnya dihormati
Pelajar perempuan membelasah guru,yang berlaku di negeri Perlis baru-baru ini amat mengejutkan di negara kita yang mengamalkan budaya saling hormat menghormati. Jika belaku perkara ini di negara barat bukanlah taboo bagi mereka. Jika di negara kita ia amat mengejutkan dan menyedihkan. Tujuan saya bukanlah hendak menyokong 100% kepada guru tersebut dan menyalahkan 100% kepada pelajar tersebut. Bagi saya seharusnya guru-guru perlu mempunyai aura untuk dihormati oleh pelajar dan masyarakat. Jika dizaman dahulu kerjaya sebagai guru amat disanjungi oleh pelajar dan masyarakat sekeliling. Lihat sahajalah guru-guru dahulu mereka masih dihormati walaupun telah lama bersara. Kerjaya sebagai guru telah diangkat dan dimartabat ketahap yang sepatutnya, disinilah guru-guru perlu meningkatkan keprofesionalan mereka. Dizaman ini bukan sahaja pelajar membelasah guru tetapi terdapat juga segelintir ibubapa berkonfrontasi dengan guru-guru kerana tidak puas hati perkara yang melibatkan anak mereka di sekolah. Kehadiran guru-guru di dalam kelompok masyarakat, juga diperhatikan gerak-geri dan dinilai oleh masyarakat. Mellalui tingkah laku mereka inilah dapat mencerminkan sama ada mereka akan dihormati atau sebaliknya. Bagi saya kerjaya sebagai seorang pendidik mempunyai tanggungjawab yang amat besar. Apa yang diajar dan disampaikan guru memberi kesan dan implikasi kepada generasi masa hadapan. Jika seorang guru yang baik dan sayangkan anak bangsa sebenarnya bukanlah laporan polis yang perlu diutamakan, laporan polis dilakukan seperti kes di Perlis tersebut telah mengambarkan kecetekan dalam menghadapi beban tugas. Nilai kasih dan keikhlasan mesti diutamakan dan pihak polis yang mempunyai tugas lain tidak perlu lah terlibat dalam hal-hal yang boleh diselesaikan ini. Pelajar sekolah pada hari ini semakin biadab seperti merakam perbuatan lucah dan pergaduhan,disinilah kebijaksanaan guru-guru dalam menyedarkan mereka. Jika pihak polis digunakan dalam hal yang boleh di selesaikan pihak sekolah boleh diibaratkan “umpama api disiram minyak”. Pelajar dan keluarga yang melakukan kesilapan tersebut akan menanggung malu dan masa depan mereka akan terus kabur. Kita sering dihebahkan bagaimana gologan pendidik dinegara miskin hanya mengajar dibawah sepohon pokok kerana ketiadaan sekolah, ada yang tiada menerima gaji dan sebagainya. Dalam hal ini tiada pula kedengaran gologan pendidik disana di pukul oleh pelajarnya. Ini kerana keikhlasan dan didikan murni mereka dihargai oleh pelajar dengan seribu kemaknaan. Persoalan terakhir mengapakah semakin ramai pelajar sanggup memukul guru yang menyuapkan ilmu kepada meraka, apakah pandangan mereka terhadap guru-guru tersebut? Fikir-fikirlah wahai guru-guru.– Bukan Guru, Kasura, Shah Alam.
Penerokaan ke bulan keDimensi Baru
Beberapa buah negara Asia telah mengorak langkah dengan melancarkan program angkasa masing. Negara-negara Asia seperti China, Jepun dan India telah pun melancar roket angkasa pada tahun 2008 ini. China pula satu kuasa ekonomi dunia yang baru telah pun menghantar angkasawan mereka sendiri ke orbit bumi dengan menggunakan teknologi sendiri. Ini meletakkan mereka standing dikalangan dengan negara seperti Rusia and Amerika Syarikat yang telah berjaya menghantar angkasawan masing – masing diangkasa lepas. Kini nampaknya perlumbaan keangkasa yang baru telah bermula, setelah era kejatuhan Soviet Union. Bulan/lLunar satu-satu struktur ruang angkasa yang pernah manusia jejaki iaitu melalui program angkasa lepas Amerika Syarikat yang dinamakan Appolo 8. Angkasawan Niel Amstrong telah berjaya memacakkan bendera Amerika Syarikat di bulan. Itu adalah peristiwa 40 tahun yang lalu. Selepas peristiwa bersejarah tersebut tiada lagi kelibat dan usaha untuk meneroka ke bulan, mungkin kerana faktor kewangan dan risiko yang amat tinggi jika hendak melakukan program ke bulan. Amerika Syarika sendiri beberapa kali telah pun pernah mengalami kemalangan dalam program angkasa mereka sehingga meragut nyawa lihat sahajalah kemusnahan kapal angaksa Appolo 7 pada tahun 1967, Discovery 1988 dan Columbia 2003. Walaupun tragedi nahas membabitkan program angkasa lepas amat memilukan tetapi ia tidak mematahkan semangat umat manusia untuk cuba meneroka ruang angkasa. Faktor ini membuatkan negara Asia berlumba cuba menunjukan kebolehkan mereka melalui teknologi yang dimajukan sendiri untuk keangkasa lepas. Berbalik semula kepada perlumbaan kebulan, Amerika Syarikat sendiri telah pun menyatakan kesedian mereka untuk melancarkan program ke bulan yang baru dan merancang meletakan stesen angkasa di sana. Di India satu program untuk pemetaan bulan yang baru telah dilancarkan.Mengapakan sekarang bulan kemabali menjadi sasaran baru setelah hampir 40 tahun. Ada kajian yang menyatakan bahawa sumber galian banyak terdapat dibulan contoh sumber gas helium yang begitu berguna untuk tenaga nuklear sememangnya terdapat dibulan. Malaysia seharusnya tidak ketinggalan dalam program penerokaan angkasa lepas. kerana nilai kepentingannya amat berguna untuk masa hadapan. Sebagai contoh lihat sahaja pengunaan satelit jika dahulu hanya pihak tentera Soviet dan Amerika yang menggunakan satelit untuk mengintip satu sama lain. Kini sektor industri dan komunikasi begitu dekat dengan pengunaan satelit. Itulah antaranya kemajuan yang diperolehi menerusi program angakasa lepas. Kini bulan pula yang diyakini boleh membawa kebaikan kepada manusia – Kasura, Shah Alam
Saturday, October 25, 2008
Pasukan Malaysia kalah lagi, Pestabola merdeka 2008 - Malaysia 5 vs Vietnam 6
Harapkan hujan sampai petang rupanya ribut taufan yang melanda. Apa sudah jadi dengan pasukan Malaysia. Kekecewaan berterusan peminat yang datang kestadium (Bukit Jalil) mengharapkan kemenangan bergaya berdasarkan keyakinan kemenangan keatas pasukan lawan di peringkat kumpulan dan semi final. Namun difinal malam tadi pasukan negara yang menguasai pelawanan gagal menterjemahkan goll..
Ramai yang berpandangan sebenarnya pasukan bimbingan B.Shathiya Nathan ini merupakan antara pasukan terbaik negara dalam masa 4 hingga 5 tahun ini. Kombinasi pemain cukup baik namun beberapa pemain harus digugurkan, dengan jelas pemain seperti Hairudin Omar dan Irwan Fadli harus diketepikan dimasa hadapan. Corak pemainan mereka jelas tidak memberansangkan dan juga menjadi faktor kegagalan skuad negara. Mereka pemain seharusnya menunjukan keprofesionalan dengan meningkatkan cara permainan dan ketahanan bermain sehingga masa tambahan, sebagai contoh pemgempur utama negara pada masa kini Mohd safi Salee amat letih dimasa tambahan walaupun corak pemainannya agak baik. Saya teringat kepada pasukan Turki di Euro 2008 yang mana bila diwaktu masa tambahan corak dan semangat mereka membuak-buak sehingga pasukan yang lebih hebat tumpas seperti pasukan Repulik Chech. Pasukan yang datang kepestabola merdeka pada tahun ini bukanlah pasukan utama dari negara berkenaan, sebagai contoh Vietnam, mereka hanya menurunkan pasukan campuran.
Bagaimana nanti di kejohanan Piala negara ASEAN pastinya Vietnam akan menghantar pasukan utama meraka. Sedangkan pasukan utama negara gagal menumbangkan pasukan ke 2 atau ke 3 neraga tersebut. Jelas pemain pasukan negara kurang profesional dan bersikap ego. Kalau di Eropah penyerang Manchester United iaitu Bebatov dari Bulgaria gagal menunjukan pemainan yang di harapkan untuk negara. In i bolehlah disamakan dengan pemai-pemain skuad negara. Saya juga amat pelik dengan pemilihan pemain muda yang digunakan B.Sathia kenapa pilih pemain yang tiada keistimewaan sebagai contoh pemain muda dari Terengganu iaitu Shaari seharusnya tidak dimasuk untuk mengantikan Hardi Jaafar.. Ada lagi pemain senior yang lain jika ingin memantapkan pasukan negara contoh Liew Kit Kong, Amri Yayah, Daniel Fazli, dan beberapa pemain dari Kedah. Sebagai bos B.Sathia Nathan Seharus mempunyai idea yang jelas. Contoh malam tadi bagi saya seharusnya Malaysia bermain secara bertahan bukan menyerang yang terbukti tidak tajam untuk meterjemahkan gol. Bila bermain secara bertahan Pasukan Vietnam akan mempunyai ramai pemain memasuki kawasan Malaysia di sini hantaran jauh diperlukan dan kepantasan Safi Salee, Indra putra, Khairil Muyamin dan Zakuan digunakan untuk memdapat gol. Adakah cara ini tidak boleh difikirkan oleh Jurulatih dan pemain-pemain. Rakyat terus menerus dikecewakan oleh pasukan negara.. Fikirlah sendiri.
Ramai yang berpandangan sebenarnya pasukan bimbingan B.Shathiya Nathan ini merupakan antara pasukan terbaik negara dalam masa 4 hingga 5 tahun ini. Kombinasi pemain cukup baik namun beberapa pemain harus digugurkan, dengan jelas pemain seperti Hairudin Omar dan Irwan Fadli harus diketepikan dimasa hadapan. Corak pemainan mereka jelas tidak memberansangkan dan juga menjadi faktor kegagalan skuad negara. Mereka pemain seharusnya menunjukan keprofesionalan dengan meningkatkan cara permainan dan ketahanan bermain sehingga masa tambahan, sebagai contoh pemgempur utama negara pada masa kini Mohd safi Salee amat letih dimasa tambahan walaupun corak pemainannya agak baik. Saya teringat kepada pasukan Turki di Euro 2008 yang mana bila diwaktu masa tambahan corak dan semangat mereka membuak-buak sehingga pasukan yang lebih hebat tumpas seperti pasukan Repulik Chech. Pasukan yang datang kepestabola merdeka pada tahun ini bukanlah pasukan utama dari negara berkenaan, sebagai contoh Vietnam, mereka hanya menurunkan pasukan campuran.
Bagaimana nanti di kejohanan Piala negara ASEAN pastinya Vietnam akan menghantar pasukan utama meraka. Sedangkan pasukan utama negara gagal menumbangkan pasukan ke 2 atau ke 3 neraga tersebut. Jelas pemain pasukan negara kurang profesional dan bersikap ego. Kalau di Eropah penyerang Manchester United iaitu Bebatov dari Bulgaria gagal menunjukan pemainan yang di harapkan untuk negara. In i bolehlah disamakan dengan pemai-pemain skuad negara. Saya juga amat pelik dengan pemilihan pemain muda yang digunakan B.Sathia kenapa pilih pemain yang tiada keistimewaan sebagai contoh pemain muda dari Terengganu iaitu Shaari seharusnya tidak dimasuk untuk mengantikan Hardi Jaafar.. Ada lagi pemain senior yang lain jika ingin memantapkan pasukan negara contoh Liew Kit Kong, Amri Yayah, Daniel Fazli, dan beberapa pemain dari Kedah. Sebagai bos B.Sathia Nathan Seharus mempunyai idea yang jelas. Contoh malam tadi bagi saya seharusnya Malaysia bermain secara bertahan bukan menyerang yang terbukti tidak tajam untuk meterjemahkan gol. Bila bermain secara bertahan Pasukan Vietnam akan mempunyai ramai pemain memasuki kawasan Malaysia di sini hantaran jauh diperlukan dan kepantasan Safi Salee, Indra putra, Khairil Muyamin dan Zakuan digunakan untuk memdapat gol. Adakah cara ini tidak boleh difikirkan oleh Jurulatih dan pemain-pemain. Rakyat terus menerus dikecewakan oleh pasukan negara.. Fikirlah sendiri.
minyak turun harga barang wajib turun
Harga barang seharusnya turun selaras dengan penurunan harga minyak.
Makanan mahal menyusahkan pengguna - lokasi sek 2 Shah Alam
Tiada kesudahan, menyusahkan - tempat tidaklah standard tetapi segelintir peniaga mempergunakan kepopularitian kedai dan warung mereka dengan mengenakan harga yang tinggi dan tidak munasabah- kepada semua pengguna berhati-hatilah bila makan di sek 2 shah alam. pilihlah kedai yang memjual makanan dengan harga berpatutan. kepada peniaga makanan yang boleh disifatkan cekik darah berfikirlah dengan waras harga makanan yang mahal akan menidakkan kedai anda dimata pengguna dan pembeli.
Salam pekenalan
For all Malayisian come together to new era of social society / thinking and knowledge .
Subscribe to:
Posts (Atom)