Sunday, January 4, 2009
Undang-undang Hudud dan Qisas
Pada zaman ini hampir tiada contoh terbaik perlaksanaan undang-undang hudud dan Qisas yang dapat dicontohi walaupun dari negara-negara yang bermajoriti umat Islam. Perlaksanaan undang-undang Hudud dan Qisas yang terbaik yang patut dicontohi adalah semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W. Disebabkan tiada contoh yang terbaik yang dapat dilihat pada hari ini telah menyebabkan orang-orang bukan Islam memandang serong terhadap undang-undang ini. Pada masa ini banyak negara-negara Islam masih mundur dan kucar-kacir akibat dari masalah dalaman mahupun ganggu gugat dari kuasa-kuasa besar yang ingin mengusai negara tersebut. Justeru itu Malaysia yang mempunyai 60% lebih penganut agama Islam boleh sekurang-kurangnya sedikit sebanyak menguna pakai undang-undang Hudud dan Qisas yang difikir bersesuain. Mungkin sekurang-kurangnya laksanankan sebahagian yang dipikir perlu dari terus menerus mempermain-mainkan/mempolimikan undang-undang ini untuk menghalalkan cara bagi mengejar dunia yang sementara / untuk kepentingan peribadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment