Sunday, January 25, 2009
Pemain bola sepak yang berkualiti
Bola sepak sukan nombor satu negara manakala jumlah rakyat Malaysia berjumlah hampir 26 juta orang dan menurut YB Khairy Jamaludin naib presiden FAM pula pemain berbakat sukar dicari. Menurut beliau sejurus kegagalan pasukan Malaysia dikempen AFF Suzuki Cup 2008 di Thailand menurutnya “ saya juga telah melaksanakan program pecarian bakat melalui program MyTeam tetapi secara jelasnya telah gagal, manakah cara lain hendak mencari pemain yang berkualiti untuk skuad negara dibawah sebalik batukah?” Jelas berliau. Adakah saudara YB Khairy sudah bosan untuk mencari bakat baru?. Sebelum menjawat jawatan naib presiden FAM beliau begitu hebat memperkatakan tentang pembangunan bola sepak, namun kini setelah pasukan kebangsaan terus menerus menemui kegagalan dan yang terbaru selepas dimalukan oleh UAE dalam kempen kelayakan piala Asia dihadapan penyokong sendiri pada 21/1/2009 dengan kekalahan 5-0, saudara YB Khairy belum lagi menjelaskan perancangan masa depan skuad kebangsaan dan beliau masih menyepi. Saya menulis dan ditujukan kepada saudara YB Khairi bukanlah untuk berbau politik dan saya bukanlah ahli politik mana-mana pihak, tetapi atas minat dan cinta bola sepak negara semenjak saya masih kecil lagi Saya harus berbuat sesuatu dan menghujahkan pendapat saya sekurang-kurangnya dalam tulisan saya ini. Sebelum ini saya ada menulis di dalam ruangan ini memberi kata-kata semangat kepada skuad kebangsaan namun namun skuad kebangsaan tetap menemui kegagalan. Saya tidak akan berputus asa, walaupun saya bukanlah jurulatih mahupun bekas pemain kebangsaan dan juga kakitangan FAM, saya tetap akan memberikan idea-idea yang difikirkan perlu. Ruangan yang diberikan oleh pihak Sihar Harian amat saya hargai kerana sebelum ini telah banyak menyiarkan tulisan saya. Sebelum bola sepak memasuki zaman kemerosotan, ramai pemain-pemain berkualiti negara telah muncul sebut sahaja Azman Adnan, Khairul Azman Mohamed, Azizul Abu Hanifah, Matlan Marjan dan ramai lagi. Mungkin nama-nama permain tadi merupakan zaman kegemilangan terakhir buat negara namun mereka adalah pemain-pemain yang berkualiti. Mungkin ada antara mereka telah terlibat dengan rasuah namun mereka tetap berkualiti. Persoalan sekarang mengapa tiada pemain kebangsaan berkualiti. Saya tidak mahu memperkatakan tetang pemain kebangsaan kebangsaan di era 70 and 80 an kerana kebanyak peminat bola sepak negara sudah sedia maklum tentang kejayaan meraka. Saya rasa amat geram dan rasa bersemangat jikalah saya ada kelebihan mahu sahaja saya mencari bakat-bakat baru bairpun di pendalaman sehingga kawasan perkampungan orang asli. Tetapi apakan daya kekangan kewangan dan hal-hal lain tidak dapat saya berbuat demikian. Harapan saya adalah pihak FAM dan Kementerian Belia dan Sukan supaya berusaha keras untuk mencari pemain yang berkualiti. Kepada guru-guru Pendidikan Jasmani yang mungkin mengajar dipendalaman contoh dikawasan perkampungan orang Asli, Sabah dan Sarawak cungkilkan lah bakat-bakat yang terpendam disana. Menurut arwah sahabat saya seorang guru dan juga pencinta sukan bola sepak, arwah ada mengajar disebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur namun menurut beliau pasukan bola sepak sekolah disitu tiada bimbingan sewajarnya sehinggalah beliau mengajar disekolah berkenaan. Beliau telah megambil alih sebagai jurulatih walaupun beliau bukan guru pendidikan Jasmani. Murid – murid disitu amat gambira dan menunjukan prestasi yang baik dalam bola sepak. Namum sahabat saya itu telah pun pergi buat selama-selama pada tahun lepas 2008 (Al Fatiha). Ini jelas peranan guru amat penting, dan kementerian pendidikan harus mengambil langkah sewajarnya. Ini adalah sukan nombor satu bukan nombor tiga. Lihat sahaja bila mana skuad Iraq memenangi Piala Asia 2007, walaupun negara mereka dalam kucar kacir sekurang-kurangnya dapat mengembirakan hati meraka. Saya yakin orang UMNO, PAS, PKR dan lain-lain pasti gembira bila skuad bola kebangsaan memenangi satu kejohanan antarabangsa yang besar dan dapat memupuk keharmonian. Bola sepak “global sport” kita tidak harus ketinggalan dengan prasarana yang ada kita harus setanding dengan jaguh Asia yang lain. Saya ingin bertanya bolehkan skim semi pro diguna pakai pada hari ini? Mungkin undang-undang FIFA tidak membenarkan keadaan sedemikian. Tetapi saya yakin masih ramai pemain berkualiti yang tidak menjadi professional dalam bola sepak ada dinegara ini.– Kasura
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment