Sunday, January 4, 2009

Tindakan Proaktif Wajar Digunakan Dalam Mengurangkan Kebanjiran Pendatang Asing

Tindakan Proaktif Wajar Digunakan Dalam Mengurangkan Kebanjiran Pendatang Asing Tindakan drastik dan proaktif perlu segera digunakan oleh kerajaan Malaysia dalam mengekang dan mengurangkan kebanjiran pendatang asing. Nampaknya aktiviti ekonomi yang dahulunya dikuasai oleh rakyat tempat kini semakin terhakis. Keadaan ini dapat dilihat dibandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur seperti contoh Jalan Chow Kit yang kini hampir dikuasai oleh peniaga –peniaga Indonesia. Manakala di Jalan Petaling yang dulu gah digelar China Town kerana aktiviti perniagaan dijalankan oleh warga Malaysia keturunan Cina, kini sedikit sebanyak telah hilang indentiti yang mana ia telah menjadi lubuk buat peniaga atau pekerja Bangladesh / Nepal menjalankan aktiviti mereka. Tidak mustahil Cina Town akan menjadi Bangla Town. Saya juga amat sedih melihat peluang peniaga kecil tempatan semakin terhakis kerana perlu bersaing dengan peniaga pendatang asing. Pihak berwajib juga mengambil tindakan acuh tidak acuh dalam mengambil tindakan tegas kepada peniaga asing ini. Kita tidak perlulah berkomfromi dan bertolak ansur dengan mereka ini kerana tindakan tegas dan berterusan perlulah diguna pakai. Rakyat tempatan perlulah diberi keutaman berbanding dengan warga asing ini, aktiviti peniaga asing yang terang menyalahi undang-undang negara ini perlu dihapuskan sama sekali. Jika tindakan tegas dan berterusan diambil, saya amat yakin pendatang-pendatang asing ini tidak akan berani lagi menjalankan aktivit ekonomi ini dengan menidak hak rakyat sah negara ini untuk menjalankan peniagaan. Pemikiran sesetengah pihak yang mahukan pesaingan dalam peniagaan dikalangan warga asing dan rakyat tempatan tidaklah boleh diterima walaupun dianggap ada hubungan dengan hak asasi manusia. Ini kerana yang akan tewas adalah rakyat tempatan dan kawasan peniagaan terbut akan jatuh ketangan peniaga asing. Kegagalan warga tempatan dalam persaingan ini adalah disebabkan beberapa faktor terutama sifat istikomah dan insani tidak dapat aplikasi oleh rakyat tempatan. Manakala pendatang asing menjalankan peniagaan penuh agresif dan berdaya saing, bagi mereka lubuk emas ini perlu digali sedalam-dalamnya sementara ada waktu. Pemikiran persaingan ini tidaklah perlu diberi pehatiaan, dengan apa cara sekalipun pihak kerajaan harus mengutamakan rakyat tempat. Pada tahun 2007 menurut laporan Bank Negara Malaysia, aliran keluar mata wang Malysia adalah berjumlah 18.9 billion yang dibawa oleh pekerja asing, disini bukanlah untuk menidakkan sumbangan pekerja asing dalam sektor pembinaan, perladanagan dan pembuatan. Mungkin rakyat tempatan sudah tidak lagi berminat untuk bekerja dalam pekerjaan yang dianggap kelas bawahan ini. Walaubagaimanapun pihak kerajaan perlulah mengunakan kaedah tertentu untuk menangani isu ini. Sebenarnya bagi sektor perkilangan, penjaga mesin kira di stesen minyak dan pasar raya tidaklah perlu digunakan tenaga kerja asing, jawatan ini seharusnya diisi oleh rakyat tempatan. Lepasan sekolah dan graduan yang menganggur perlu mengisi jawatan ini. Pelajar sekolah dan universiti yang mempunyai cuti yang panjang boleh bekerja dalam sektor ini secara “part time”, sekurang-kurang dapat menampung kos pembelajaran. Jika dihitungkan aliran mata wang yang keluar sebenar dapat membina 3 jambatan Pulau Pinang yang berharga 4.9 billion. Jika makanisme yang sewajarnyac digunakan saya amat yakin jumlah 18.9 billion itu dapat dikurangkan dan wang tersebut dapat digunakan untuk kepentingan rakyat. Jumlah 2.2 Juta orang pekerja asing yang berdaftar secara sah bekerja di negara ini dan hampir 2 juta bekerja dan mecari nafkah secara haram dinegara ini disamping 10000 ribu lebih warga asing yang ditahan didepoh tahanan. Seharusnya membuatkan rasa bimbang kepada semua pihak. Jumlah pendatang asing tersebut telah melebihi ahli UMNO iaitu berjumlah 3 juta orang dan rakyat Malaysia berketurunan India berjumlah 1.8 juta. Saya yakin jika mereka melakukan mogok dan demontrasi untuk menuntut hak ia akan mengundang padah dan kucar kacir kepada negara ini. Jika situasi kucar kacir ini belaku saya amat yakin pihak organisasi dan media luar negara akan akan menyokong warga asing ini dan pihak kerajaan akan didesak dengan alasan faktor hak asasi dan kemanusia. Akibatnya rakyat negara ini terpaksa berkongsi nikmat dan kemudahan dengan warga asing dan dengan keadaan demikian kualiti kemudahan tersebut, seperti contoh hospital kerajaan akan menurun. Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung (Harian Metro, 15 November 2008) hampir 40 peratus banduan di dalam penjara Malaysia adalah terdiri dari warga asing. Situasi ini perlulah diberi perhatian sewajarnya oleh pihak yang berwajb. Selain untuk mencari rezeki pendatang asing ini juga ada sebahagianya memjadikan negara ini sebagai lubuk untuk melakukan jenayah. Sehinggakan penjenayah dari Afrika, Timur Tengah dan Latin Amerika datang kenegara ini untuk melakukan aktiviti jenayah seperti pengedaran dadah, rompak, penipuan dan sebagainya. Apakah negara berdaulat ini sebagai satu lokasi yang sesuai untuk melakukan jenayah? Banyak kes pecah rumah, melibatkan warga asing terutama dari Indonesia, sehingga ada yang dibunuh dengan kejam oleh suspek, lihat sahaja apa yang berlaku terhadap satu keluarga di seksyen 13, Shah Alam pada bulan Ramadhan yang lepas dimana perompak warga Indonesia telah membunuh isteri tuan rumah yang dirompak. Ini jelaslah teknik samun dan rompak yang jarang kedengaran pada masa dahulu telah menular ke negara ini, mungkin di Indonesia teknik rompakan rumah kerumah tersebut telah menjadi kebiasaan kepada perompak-perompak tersebut. Kerajaan juga terpaksa menangguh beban untuk operasi penjara dan didepoh tahanan. Mana tidaknya ratusan ribu dalam sehari dibelanjakan untuk menangguh makan minum dan kos lain kepada warga asing ini. Saya cadangkan agar negara asal pendatang asing tersebut menangguh segala kos untuk rakyat mereka itu. Malaysia bukanlah sebuah negara yang amat kaya untuk menanggung kos mereka, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang miskin dan memerlukan bantuan. .Tibalah masa isu kebanjiran pendatang asing ini perlu ditanggani secara total.

No comments: