Sunday, February 15, 2009

Rakyat semakin bijak memahami politik

Senario politik tanah air terus menerus membibitkan kejutan. Apakah nilai maruah seorang yang bernama YB? Saya tidak tujukan soalan ini khas kepada mana-mana ahli politik atau mana-mana parti. Sebaliknya ia ditujukan kepada keseluruhan atau semua yang terlibat dalam perjalanan politik tanah air pihak kerajaan mahu pun pihak pembangkang. Demokrasi dimainkan, rakyat diperbodohkan oleh orang-orang yang tiada maruah dan bermoral. Ingatlah setiap satu undi rakyat adalah amanah. Jika tidak yakin dengan perjuangan mana-mana parti yang ada sekarang, jadilah calon bebas atau tubuhkan satu parti baru dan berjuang atas nama untuk membawa Malaysia yang mempunyai rakyat pelbagai bangsa dan agama kemercu yang lebih baik. Keadaan ekonomi global yang bercelaru dan berkrisis pada masa kini menghendakan ahli-ahli politik dan partinya bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan negara ini tidak terjerumus kepada lembah bahaya. Berpolitiklah untuk kebaikan rakyat dan negara bukan untuk kepentingan peribadi yang lama kelamaan menjadi kurap kepada budaya masyarakat negara ini. Tidak terpikirkah mereka kesusahan rakyat bawahan seperti kami perkerja yang hampir dibehentikan majikan kerana kegagawatan ekonomi, dipihak mana kami harus harapkan. Jurang keharmonian diantara kaum semakin rengang, kerana permainan dan kerakusan politik menyebabkan semangat perkauman semakin menebal tidakah mereka melihat perkara ini. Harga komoditi pertanian seperti kelapa sawit yang jatuh yang menjadi sumber perdapatan utama penduduk sesetenggah kampung tidakah perkara ini harus dicanangkan di Parlimen. Kualiti nelayan kampung terutama nelayan Melayu yang rendah tiada usahakah dipihak ahli politik untuk memperkasakan mereka seterusnya dapat meningkatkan pendapatan mereka. Rasanya rakyat semakin jelas siapa ahli politik yang benar-benar bekerja membantu mereka sama ada melalui buah fikiran atau kaedah-kaedah tertentu. Rakyat juga sudah hampir dapat menilai mana-mana ahli politik yang lebih omong-omong kosong untuk kepentingan peribadi sahaja. Ingatlah janganlah memperbodohkan rakyat generasi baru kerana mereka lebih bijak, generasi muda yakin dengan tiada fanatik kepada mana-mana parti politik mana-mana parti boleh ditumbangkan mana-mana parti boleh diangkat. Kuasa undi bukan ditanggan YB kuasa undi tanggan rakyat, pilihlah parti dan kerajaan yang boleh bekerja untuk kebaikan negara ini. “Terima kasih” – Kasura, Shah Alam.

Sunday, January 25, 2009

Pemain bola sepak yang berkualiti

Bola sepak sukan nombor satu negara manakala jumlah rakyat Malaysia berjumlah hampir 26 juta orang dan menurut YB Khairy Jamaludin naib presiden FAM pula pemain berbakat sukar dicari. Menurut beliau sejurus kegagalan pasukan Malaysia dikempen AFF Suzuki Cup 2008 di Thailand menurutnya “ saya juga telah melaksanakan program pecarian bakat melalui program MyTeam tetapi secara jelasnya telah gagal, manakah cara lain hendak mencari pemain yang berkualiti untuk skuad negara dibawah sebalik batukah?” Jelas berliau. Adakah saudara YB Khairy sudah bosan untuk mencari bakat baru?. Sebelum menjawat jawatan naib presiden FAM beliau begitu hebat memperkatakan tentang pembangunan bola sepak, namun kini setelah pasukan kebangsaan terus menerus menemui kegagalan dan yang terbaru selepas dimalukan oleh UAE dalam kempen kelayakan piala Asia dihadapan penyokong sendiri pada 21/1/2009 dengan kekalahan 5-0, saudara YB Khairy belum lagi menjelaskan perancangan masa depan skuad kebangsaan dan beliau masih menyepi. Saya menulis dan ditujukan kepada saudara YB Khairi bukanlah untuk berbau politik dan saya bukanlah ahli politik mana-mana pihak, tetapi atas minat dan cinta bola sepak negara semenjak saya masih kecil lagi Saya harus berbuat sesuatu dan menghujahkan pendapat saya sekurang-kurangnya dalam tulisan saya ini. Sebelum ini saya ada menulis di dalam ruangan ini memberi kata-kata semangat kepada skuad kebangsaan namun namun skuad kebangsaan tetap menemui kegagalan. Saya tidak akan berputus asa, walaupun saya bukanlah jurulatih mahupun bekas pemain kebangsaan dan juga kakitangan FAM, saya tetap akan memberikan idea-idea yang difikirkan perlu. Ruangan yang diberikan oleh pihak Sihar Harian amat saya hargai kerana sebelum ini telah banyak menyiarkan tulisan saya. Sebelum bola sepak memasuki zaman kemerosotan, ramai pemain-pemain berkualiti negara telah muncul sebut sahaja Azman Adnan, Khairul Azman Mohamed, Azizul Abu Hanifah, Matlan Marjan dan ramai lagi. Mungkin nama-nama permain tadi merupakan zaman kegemilangan terakhir buat negara namun mereka adalah pemain-pemain yang berkualiti. Mungkin ada antara mereka telah terlibat dengan rasuah namun mereka tetap berkualiti. Persoalan sekarang mengapa tiada pemain kebangsaan berkualiti. Saya tidak mahu memperkatakan tetang pemain kebangsaan kebangsaan di era 70 and 80 an kerana kebanyak peminat bola sepak negara sudah sedia maklum tentang kejayaan meraka. Saya rasa amat geram dan rasa bersemangat jikalah saya ada kelebihan mahu sahaja saya mencari bakat-bakat baru bairpun di pendalaman sehingga kawasan perkampungan orang asli. Tetapi apakan daya kekangan kewangan dan hal-hal lain tidak dapat saya berbuat demikian. Harapan saya adalah pihak FAM dan Kementerian Belia dan Sukan supaya berusaha keras untuk mencari pemain yang berkualiti. Kepada guru-guru Pendidikan Jasmani yang mungkin mengajar dipendalaman contoh dikawasan perkampungan orang Asli, Sabah dan Sarawak cungkilkan lah bakat-bakat yang terpendam disana. Menurut arwah sahabat saya seorang guru dan juga pencinta sukan bola sepak, arwah ada mengajar disebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur namun menurut beliau pasukan bola sepak sekolah disitu tiada bimbingan sewajarnya sehinggalah beliau mengajar disekolah berkenaan. Beliau telah megambil alih sebagai jurulatih walaupun beliau bukan guru pendidikan Jasmani. Murid – murid disitu amat gambira dan menunjukan prestasi yang baik dalam bola sepak. Namum sahabat saya itu telah pun pergi buat selama-selama pada tahun lepas 2008 (Al Fatiha). Ini jelas peranan guru amat penting, dan kementerian pendidikan harus mengambil langkah sewajarnya. Ini adalah sukan nombor satu bukan nombor tiga. Lihat sahaja bila mana skuad Iraq memenangi Piala Asia 2007, walaupun negara mereka dalam kucar kacir sekurang-kurangnya dapat mengembirakan hati meraka. Saya yakin orang UMNO, PAS, PKR dan lain-lain pasti gembira bila skuad bola kebangsaan memenangi satu kejohanan antarabangsa yang besar dan dapat memupuk keharmonian. Bola sepak “global sport” kita tidak harus ketinggalan dengan prasarana yang ada kita harus setanding dengan jaguh Asia yang lain. Saya ingin bertanya bolehkan skim semi pro diguna pakai pada hari ini? Mungkin undang-undang FIFA tidak membenarkan keadaan sedemikian. Tetapi saya yakin masih ramai pemain berkualiti yang tidak menjadi professional dalam bola sepak ada dinegara ini.– Kasura

Israel, dan Zionis menghancurkan keamanan

Diharapkan tulisan saya ini dapat memberi kesedaran dan semangat kepada umat Islam terutama mengenai kekejaman Israel dan Zionis terhadap umat Islam di Palastine. Menyusuri sejarah semenjak tertubuhnya negara haram Israel lebih 60 tahun dahulu kekejaman rejim Israel sememang tidak dapat diterima masyrakat dunia pada hari. Mengapa Israel dan Yahudi begitu memusuhi Islam sedangkan di zaman kegemilangn empayar Islam pada masa dahulu tidak pernah menimdas mereka. Dizaman Nabi Muhammad S.A.W baginda tidak pernah menimdas meraka malahan ramai orang-orang Yahudi tinggal secara aman di negara-negara Islam pada masa itu. Malah sebelum perang dunia ke2 dan semasa perang ke2 orang-orang Yahudi masih boleh tinggal secara aman di negara-negara. Arab Islam. Semasa perang dunia ke-2 mereka Yahudi adalah lebih ditindas di negara–negara Eropah. Bermulanya tertubuh negara haram Israel kekejaman bermula tanah masyarakat Palastine di Baitulmuqadis, Jurusalem, Gaza, dan bahagian-bahagian tebing Barat lain dirampas melalui peperangan kejam dan ganas Israel dan Zionis. Masyarakat Yahudi dari kebanyakan negara seperti di Yemen telah dipindah kenegara haram tersebut melalui rancangan Zionis dan sekutunya. Mengapa Tebing Barat yang merupakan bumi ambia itu menjadi pilihan Yahudi untuk menubuhkan negara haram mereka. Sebelum Israel merampas Tebing Barat sememang pelbagai pekara telah belaku terhadap tempat suci ke-3 umat Islam. Empayar Rom pernah menguasai kawasan tersebut sebelum diambil alih oleh pemerintahan empayar Islam. Semenjak empayar kerajaan Islam Uthmania berpecah sehingga tertubuhnya negara-negara seperti, Turki, Lebenom, Syriar, Jordan, Palastine dan Iraq. Tebing barat masih lagi dalam keadaan aman walaupun tanpa selian sewajarnya dari negara-negara besar Arab. Keaman masih terpancar dikawansan tersebut. Baitulmuqadis telah menjadi tempat suci bagi agama Islam, Yahudi dan Kristian sekian lama walaupun tanpa kuasa besar menduduki kawasan berkenaan. Disebab faktor sejarah ketamadunan, kedudukan geografi yang strategik di samping berhampiran terusan suez yang masyhur telah menyebabkan rejim Yahudi, Zinonis dan sekutunya mengatur langkah untuk menguasai tebing barat dan mengistiarkan sebagai negara meraka iaitu negara haram Israel. Disebabkan pertubuham-pertubuhan dunia seperti PBB dikuasai oleh mereka, perbuatan terkutuk mereka merampas tanah penduduk Palastine telah direstui. Jika kuasa besar pada masa ini iaitu Amerika Syarikat menyokong dan mendokong Israel seperti menatang minyak yang penuh mengapa tidak dimasa rancangan untuk menubuhkan Israel 60 tahun yang lalu tidak ditubuh di tanah besar Amerika pasti tidak belaku seperti hari ini. Di sebabkan rancangan jahat Israel, Amerika Syarikat, dan Zionis telah terpalit gelaran pengganas terhadap umat Islam. Kekejaman rejim Israel dan Zionis terhadapan penduduk Palastine terutama di Gaza amat dikutuk bukan hanya pencabulan hak asasi dan pembunuhan kejam tetapi pencabulan ini akan mengundang ketidak stabilan dunia disamping masalah ekonomi global yang melanda sekarang. Bagi umat Islam mari kita bermuhasabah diri disebabkan pepecahan dimasa dahulu kekuatan yang kita ada telah hilang. Tamadun agung dan empayar besar datang dan pergi lihat sahaja kerajaan Mesir purba, Rom, dan Empayar Islam Abbasyiah dahulu terkubur dek ketamakan dan kezaliman oleh pemimpin-peminpinnya Walaupun empayar Islam yang masyhur pada masa dahulu telah hilang tetapi akidah Islam masih kekal dan berselerakan diseluruh pelusuk dunia ini. Semuanya didunia tidak kekal, pasti kuasa besar pada hari ini pasti terkubur pada suatu masa nanti. Tanah besar Amerika adalah satu-satunya benua yang belum terbinanya kerajaan besar dan kuat. Mungkin ini masa mereka dan kejatuhan pasti belaku jika mereka terus menerus mendokong kekejaman Israel. Wahai penganas Yahudi dan sekutunya kamu adalah bangsa yang dilaknat oleh tuhan, mungkin pada hari ini kekuatan fizikal (ketenteraan) duniawi ditanggan kamu, tetapi kekuatan insanian dan kebenaran tetap dipihak kami. Pasti jika kamu wahai pengganas Yahudi terus menerus melakukan kekejaman terhadap umat Islam, kamu pasti menerima balasaan kehancuran sama seperti kaum-kaum yang zalim pada masa dahulu malah lebih dahsyat.

Sunday, January 4, 2009

Gaza - who more terrorist

Today from current news Israel and Zionis used troops to attack Hamas and Gaza. Until today attacked by Israel air force caused hundred and more Gaza civilians dead as victim as resulted by jungle law by Israel. Who more terrorist Israel/Zionis or Hamas? We needs understand Hamas and Al Qaeda are different. When Isreal people chop Hamas is terrorist is a not true. Hamas fight for freedom land of Palastine. ALL PEOPLE FROM WORLDWIDE JOINED TO CONDEMN ISRAELI BRUTAL KILLED AGAINST GAZA CIVILLIAN PEOPLE.

Tindakan Proaktif Wajar Digunakan Dalam Mengurangkan Kebanjiran Pendatang Asing

Tindakan Proaktif Wajar Digunakan Dalam Mengurangkan Kebanjiran Pendatang Asing Tindakan drastik dan proaktif perlu segera digunakan oleh kerajaan Malaysia dalam mengekang dan mengurangkan kebanjiran pendatang asing. Nampaknya aktiviti ekonomi yang dahulunya dikuasai oleh rakyat tempat kini semakin terhakis. Keadaan ini dapat dilihat dibandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur seperti contoh Jalan Chow Kit yang kini hampir dikuasai oleh peniaga –peniaga Indonesia. Manakala di Jalan Petaling yang dulu gah digelar China Town kerana aktiviti perniagaan dijalankan oleh warga Malaysia keturunan Cina, kini sedikit sebanyak telah hilang indentiti yang mana ia telah menjadi lubuk buat peniaga atau pekerja Bangladesh / Nepal menjalankan aktiviti mereka. Tidak mustahil Cina Town akan menjadi Bangla Town. Saya juga amat sedih melihat peluang peniaga kecil tempatan semakin terhakis kerana perlu bersaing dengan peniaga pendatang asing. Pihak berwajib juga mengambil tindakan acuh tidak acuh dalam mengambil tindakan tegas kepada peniaga asing ini. Kita tidak perlulah berkomfromi dan bertolak ansur dengan mereka ini kerana tindakan tegas dan berterusan perlulah diguna pakai. Rakyat tempatan perlulah diberi keutaman berbanding dengan warga asing ini, aktiviti peniaga asing yang terang menyalahi undang-undang negara ini perlu dihapuskan sama sekali. Jika tindakan tegas dan berterusan diambil, saya amat yakin pendatang-pendatang asing ini tidak akan berani lagi menjalankan aktivit ekonomi ini dengan menidak hak rakyat sah negara ini untuk menjalankan peniagaan. Pemikiran sesetengah pihak yang mahukan pesaingan dalam peniagaan dikalangan warga asing dan rakyat tempatan tidaklah boleh diterima walaupun dianggap ada hubungan dengan hak asasi manusia. Ini kerana yang akan tewas adalah rakyat tempatan dan kawasan peniagaan terbut akan jatuh ketangan peniaga asing. Kegagalan warga tempatan dalam persaingan ini adalah disebabkan beberapa faktor terutama sifat istikomah dan insani tidak dapat aplikasi oleh rakyat tempatan. Manakala pendatang asing menjalankan peniagaan penuh agresif dan berdaya saing, bagi mereka lubuk emas ini perlu digali sedalam-dalamnya sementara ada waktu. Pemikiran persaingan ini tidaklah perlu diberi pehatiaan, dengan apa cara sekalipun pihak kerajaan harus mengutamakan rakyat tempat. Pada tahun 2007 menurut laporan Bank Negara Malaysia, aliran keluar mata wang Malysia adalah berjumlah 18.9 billion yang dibawa oleh pekerja asing, disini bukanlah untuk menidakkan sumbangan pekerja asing dalam sektor pembinaan, perladanagan dan pembuatan. Mungkin rakyat tempatan sudah tidak lagi berminat untuk bekerja dalam pekerjaan yang dianggap kelas bawahan ini. Walaubagaimanapun pihak kerajaan perlulah mengunakan kaedah tertentu untuk menangani isu ini. Sebenarnya bagi sektor perkilangan, penjaga mesin kira di stesen minyak dan pasar raya tidaklah perlu digunakan tenaga kerja asing, jawatan ini seharusnya diisi oleh rakyat tempatan. Lepasan sekolah dan graduan yang menganggur perlu mengisi jawatan ini. Pelajar sekolah dan universiti yang mempunyai cuti yang panjang boleh bekerja dalam sektor ini secara “part time”, sekurang-kurang dapat menampung kos pembelajaran. Jika dihitungkan aliran mata wang yang keluar sebenar dapat membina 3 jambatan Pulau Pinang yang berharga 4.9 billion. Jika makanisme yang sewajarnyac digunakan saya amat yakin jumlah 18.9 billion itu dapat dikurangkan dan wang tersebut dapat digunakan untuk kepentingan rakyat. Jumlah 2.2 Juta orang pekerja asing yang berdaftar secara sah bekerja di negara ini dan hampir 2 juta bekerja dan mecari nafkah secara haram dinegara ini disamping 10000 ribu lebih warga asing yang ditahan didepoh tahanan. Seharusnya membuatkan rasa bimbang kepada semua pihak. Jumlah pendatang asing tersebut telah melebihi ahli UMNO iaitu berjumlah 3 juta orang dan rakyat Malaysia berketurunan India berjumlah 1.8 juta. Saya yakin jika mereka melakukan mogok dan demontrasi untuk menuntut hak ia akan mengundang padah dan kucar kacir kepada negara ini. Jika situasi kucar kacir ini belaku saya amat yakin pihak organisasi dan media luar negara akan akan menyokong warga asing ini dan pihak kerajaan akan didesak dengan alasan faktor hak asasi dan kemanusia. Akibatnya rakyat negara ini terpaksa berkongsi nikmat dan kemudahan dengan warga asing dan dengan keadaan demikian kualiti kemudahan tersebut, seperti contoh hospital kerajaan akan menurun. Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung (Harian Metro, 15 November 2008) hampir 40 peratus banduan di dalam penjara Malaysia adalah terdiri dari warga asing. Situasi ini perlulah diberi perhatian sewajarnya oleh pihak yang berwajb. Selain untuk mencari rezeki pendatang asing ini juga ada sebahagianya memjadikan negara ini sebagai lubuk untuk melakukan jenayah. Sehinggakan penjenayah dari Afrika, Timur Tengah dan Latin Amerika datang kenegara ini untuk melakukan aktiviti jenayah seperti pengedaran dadah, rompak, penipuan dan sebagainya. Apakah negara berdaulat ini sebagai satu lokasi yang sesuai untuk melakukan jenayah? Banyak kes pecah rumah, melibatkan warga asing terutama dari Indonesia, sehingga ada yang dibunuh dengan kejam oleh suspek, lihat sahaja apa yang berlaku terhadap satu keluarga di seksyen 13, Shah Alam pada bulan Ramadhan yang lepas dimana perompak warga Indonesia telah membunuh isteri tuan rumah yang dirompak. Ini jelaslah teknik samun dan rompak yang jarang kedengaran pada masa dahulu telah menular ke negara ini, mungkin di Indonesia teknik rompakan rumah kerumah tersebut telah menjadi kebiasaan kepada perompak-perompak tersebut. Kerajaan juga terpaksa menangguh beban untuk operasi penjara dan didepoh tahanan. Mana tidaknya ratusan ribu dalam sehari dibelanjakan untuk menangguh makan minum dan kos lain kepada warga asing ini. Saya cadangkan agar negara asal pendatang asing tersebut menangguh segala kos untuk rakyat mereka itu. Malaysia bukanlah sebuah negara yang amat kaya untuk menanggung kos mereka, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang miskin dan memerlukan bantuan. .Tibalah masa isu kebanjiran pendatang asing ini perlu ditanggani secara total.

Undang-undang Hudud dan Qisas

Pada zaman ini hampir tiada contoh terbaik perlaksanaan undang-undang hudud dan Qisas yang dapat dicontohi walaupun dari negara-negara yang bermajoriti umat Islam. Perlaksanaan undang-undang Hudud dan Qisas yang terbaik yang patut dicontohi adalah semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W. Disebabkan tiada contoh yang terbaik yang dapat dilihat pada hari ini telah menyebabkan orang-orang bukan Islam memandang serong terhadap undang-undang ini. Pada masa ini banyak negara-negara Islam masih mundur dan kucar-kacir akibat dari masalah dalaman mahupun ganggu gugat dari kuasa-kuasa besar yang ingin mengusai negara tersebut. Justeru itu Malaysia yang mempunyai 60% lebih penganut agama Islam boleh sekurang-kurangnya sedikit sebanyak menguna pakai undang-undang Hudud dan Qisas yang difikir bersesuain. Mungkin sekurang-kurangnya laksanankan sebahagian yang dipikir perlu dari terus menerus mempermain-mainkan/mempolimikan undang-undang ini untuk menghalalkan cara bagi mengejar dunia yang sementara / untuk kepentingan peribadi.
Mempolimik isu agama dengan tujuan untuk kepentingan tertentu dan bukan untuk tujuan kepentingan agama atau untuk membawa kebaikan adalah amat tidak wajar dan harus ditolak. Dengan situasi akhir-akhir ini rakyat Malaysia terus menerus mengalami situasi baru dan dapat mematangkan rakyat .. Jika sesuatu perkara baru yang berlaku ia merupakan ilmu baru yang dapat dipelajari olehh rakyat negara ini. Fahamilah undang-undang hudud dan qisas bersifat pencegahan.