Wednesday, December 3, 2008

Suntikan 7 billion

Kecoh benar nampaknya pasal pakej suntikan 7 billion untuk menjana ekonomi negara yang diumumkan oleh TPM baru-baru ini. Dahulu DSAI ada cakap kerajaan boleh gunakan 5 billion untuk turunkan harga minyak. Tapi jumlah billion-billion yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh tersebut tidaklah sebanyak billion pegaliran RInggit yang dibawa pekerja asing kenegara mereka iaitu berjumlah 18 billion. Tapi bagi kami sebagai rakyat Malaysia yang berpendapatan dibawah RM 1000 dan miskin angka billion yang diperkatakan tidak membawa apa-apa jika kami terus dalam kesusahan. Jika tidak membawa kesalahan sedikit billion-billion ini dijanakan untuk kenaikan gaji pekerja sektor swasta dan awam, penduduk kampung yang miskin dan tiada sumber pendapatan dan pengangur diberi peluang pekerjaan dan dengan ini pendapatan rakyat dapat disesuaian dengan keadaan semasa. Jika 1 billion dapat diambil dari pengaliran ringgit keluar negara sudah cukup untuk digunakan dalam penjanaan ekonomi penduduk kampung. Masih ramai lagi rakyat miskin warga Malaysia terutama orang-orang Melayu. Jika kami terus miskin ditanah bumi bertuah ini kemanakah harus kami pergi meminta tolong. Kami bukan rakyat Indonesia mahupun Bangladesh ataupun lain-lain negara. Kami bukan berasal dari negara Arab, India dan China. Inilah tanah tinggalan nenek moyang kami, Jika kemakmuran ekonomi negara begitu memberangsangkan mengapakah kami masih miskin. Mungkin kurang pandai atau kurang usaha? - Belum cukup kaya jika tiada 1 billion, Kasura Shah Alam

No comments: