Wednesday, December 17, 2008


Subject: Test for Alzheimer's Disease
This is a REAL neurological test. Seat comfortably and feelcalm.>>> 1- Find the C below. Do not use any cursor help.>>> OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO> OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO> OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO> OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO> OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO> OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO> OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOOOOOOO> OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO> OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO> OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO> OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO>>> 2- If y ou already found the C, now find the 6 below.>>> 9999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999> 9999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999> 9999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999> 9999699999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999> 9999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999> 9999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999>>> 3- Now find the N below. It's a little more difficult..>>> MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMNMMMM> MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM> MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM> MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM> MMMMMMMMMMMMMMMMMMM>>> This is NOT a joke.>>> If you were able to pass these 3 tests, you can cancel your> annual visit to> your neurologist.> Your brain is great and you're far from having> Alzheimer's Disease.> Congratulations!

Bola Sepak Malaysia Semakin Ketinggalan

“Apa sudah jadi sampai sekarang asyik kalah lagi”. Itulah nada kekecewaan yang hanya dapat diungkapkan mengenai kegagalan skuad bola sepak kebangsaan dikejohanan AFF Suzuki Cup 2008. Tupas ditanggan skuad Thailand 3-0 dan Vietnam 3-2, menyebabkan skuad negara terpaksa bungkus awal. Saya sebagai peminat pada awalnya amat berharap skuad kendalian B Sathianthan yang dibarisi oleh pemain- pemain yang terbaik yang ada diliga tempatan dapat melakukan kejutan. Namun harapan tinggal harapan, pemain-pemain yang dianggap terbaik diliga tempatan rupa-rupanya mempunyai prestasi yang redah mutu permainan jika dibandingkan dengan pasukan-pasukan negara jiran yang lain seperti Thailand, Vietnam, Singapura dan Indonesia. Pada kejohanan Piala Asia 2007 yang lalu skuad kebangsaan telah menjadi budak belasahan kepada skuad utama Asia, kini mimipi ngeri tersebut sekali lagi menghantui skuad negara skuad kebangsaan bukan sahaja pernah dimalukan oleh Myamar dikejohanan Grand Royal dengan dimalukan kekalahan 4-1 dan Juga tumpas penalti dikejohanan Pestabola Merdeka terhadapan skuad budak sekolah Vietnam. Elaun diberikan, kemudahan latihan yang hebat disamping memyertai latihan diluar negara ternyata pelaburan kepada skuad kembangsaan nyata sia-sia. Jurulatih B Sathianathan sudah pun diberi masa hampir 2 tahun untuk mempersiapkan skuad kebangsaan namum ketempangan corak permainan jelas kelihatan. Kejuaraan Pestabola Merdeka 2007 hasil bimbingan B Sathianathan mungkin sinaran baik untuk bola sepak negara namun setelah belansungan beberapa kejohanan ternyata skuad negara masih ditakuk lama dan mungkin lebih teruk dari sebelumnya. Pemain-pemain tempatan tidak mempunyai tahap konsisten dalam permainan mereka apabila skuad kebangsaan bermian dengan skuad yang lebih bermutu iaitu bermain dengan pantas dan agresif pemain-pemain kebangsaan hilang punca dan kemahiran-kemahiran bermain bola sepak yang ada terus tidak dapat ditonjolkan, pemain-pemain kita umpama mengalabah dan tidak dapat menghadapi tekanan lalu tewas dengan jaringan yang banyak. Bola Sepak di Malaysia juga mempunyai pelbagai krisis yang dikhuatiri akan terus melenyapkan harapan untuk menjadi pasukan yang disegani seperti masa dahulu. Bola sepak di Malaysia pelbagai isu terjadi seperti jurulatih dan permain tidak dibanyar gaji, kehadiran penonton yang kian menurun, gejala rasuah, isu pepindahan AFC house di Bukit Jalil, penarikan diri dari menyertai liga tempatan bagi pasukan berstatus kelab, isu penganjuran CYC yang masih belum berkesudahan dan lain-lain isu yang seharusnya membuka mata semua pihak terutama dipihak FAM untuk mengambil jalan yang bijak untuk menyelesaikan masalah ini. Jika kita menusuri sejarah dizaman semi pro dan sebelumnya tidak kedengaran isu-isu yang saya nyatakan tadi. Pemain-pemain bola pada masa itu bermain untuk kepuasan dan untuk menunjukan bakat yang sebenar. Di masa tahun 80-an dimasa saya kecil suasana bola sepak amat menghiburkan walaupun pertandingan diantara kampung-kampung. Jika ditanya orang lama mereka seboleh-bolehnya mahu mengimbau kembali dizaman 70an dan 80an dimana jika ada satu-satu pertandingan bola sepak ia cukup dinantikan walaupun pemain-pemain pada masa itu tidak berstatus profesional seperti masa kini. Pasukan negara jiran seperti Thailand dan Singapura telah pun menjarakkan kualiti permainan mereka berbanding pemain-pemain tempatan. Pemain-pemain tempatan seharusnya didedahkan dengan pemainan yang kompettif dan memcabar, kalau boleh pemain-pemain tempatan ini dapat menyertai liga-liga lain walaupun liga S Singapura. Sesiapa yang menonton pelawanan diantara Malaysia dan Thailand di AAF Suzuki Cup pasti bersetuju dengan saya prestasi yang ditunjukan oleh skuad kebangsaan amat-amat memalukan dan pemain-pemain kebangsaan seperti tidak tahu bermain bola sepak dengan baik itu adalah kenyataan. Bagi saya pasukan Thailand pada pelawanan itu bukanlah diprestasi yang sebenar mereka namum pemain kebangsaan bak mahu bertatih gagal menyaingi ketangkasan dan corak pemainan fizikal yang ditunjukan oleh pasukan Thailand. Orang-orang yang bertangungjawab terhadap bola sepak negara seharusnya benar-benar memahami apa itu bola sepak Malaysia jika mahu maju dalam sukan ini. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak FAM dan juga kerajaan selepas kemerosotan memdadak bola sepak Malaysia di peringkatan antarabangsa semenjak tahun 1994 namun tiada kemajuan terhadap skuad kebangsaan malah program yang dijalankan seperti penganjuran CYC banyak masalah dari kejayaan yang diperolehi. Di sini jelas jika wang dan keuntugan diutamakan maka bola sepak tidak akan kemana-mana. Bola sepak mempunyai seni dan kemahiran bermain adalah faktor kejayaan kepada pemain berkenaan. Untuk menghasilkan pemain berkualiti dan berkemahiran tinggi adalah dari minat yang mendalam. Manakala minat lahir apabila melihat sesuatu yang hebat serta boleh dicontohi iaitu dari pasukan yang disokong dan dicintai “skuad kebangsaan”. Jika tiada contoh yang baik pada masa ini jadikanlah ia pengajaran dimasa hadapan. – Kasura, Shah Alam

Wednesday, December 3, 2008

Suntikan 7 billion

Kecoh benar nampaknya pasal pakej suntikan 7 billion untuk menjana ekonomi negara yang diumumkan oleh TPM baru-baru ini. Dahulu DSAI ada cakap kerajaan boleh gunakan 5 billion untuk turunkan harga minyak. Tapi jumlah billion-billion yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh tersebut tidaklah sebanyak billion pegaliran RInggit yang dibawa pekerja asing kenegara mereka iaitu berjumlah 18 billion. Tapi bagi kami sebagai rakyat Malaysia yang berpendapatan dibawah RM 1000 dan miskin angka billion yang diperkatakan tidak membawa apa-apa jika kami terus dalam kesusahan. Jika tidak membawa kesalahan sedikit billion-billion ini dijanakan untuk kenaikan gaji pekerja sektor swasta dan awam, penduduk kampung yang miskin dan tiada sumber pendapatan dan pengangur diberi peluang pekerjaan dan dengan ini pendapatan rakyat dapat disesuaian dengan keadaan semasa. Jika 1 billion dapat diambil dari pengaliran ringgit keluar negara sudah cukup untuk digunakan dalam penjanaan ekonomi penduduk kampung. Masih ramai lagi rakyat miskin warga Malaysia terutama orang-orang Melayu. Jika kami terus miskin ditanah bumi bertuah ini kemanakah harus kami pergi meminta tolong. Kami bukan rakyat Indonesia mahupun Bangladesh ataupun lain-lain negara. Kami bukan berasal dari negara Arab, India dan China. Inilah tanah tinggalan nenek moyang kami, Jika kemakmuran ekonomi negara begitu memberangsangkan mengapakah kami masih miskin. Mungkin kurang pandai atau kurang usaha? - Belum cukup kaya jika tiada 1 billion, Kasura Shah Alam

Kes peceraian gologan artis

Diharapkan pihak media terutama akhbar-akhbar harian negara, tidak menjadikan kes-kes peceraian dan pergolakan rumah tangga golongan artis sebagai berita utama dan dipaparkan dimuka hadapan diakbar. Cukuplah hanya disiarkan diruangan yang kecil ataupun sisipan yang kecil. Kes peceraian dan pegolakan rumah tangga bukanlah untuk dipopularkan dan dihebarkan untuk dijadikan berita gempar. Kepada gologan artis tunjukanlah contoh yang baik kepada masyrakat. Sejak akhir-akhir ini kes peceraian gologan ini kian menjadi-jadi dan ada yang kurang setahun berkahwin sudah pun bercerai. Masyarakat umum tidaklah perlu digemparkan dengan kes-kes peceraian seperti ini, takut ia menjadi kebiasaan kepada masyrakat. – Kasura, Shah Alam

Pengkid, YOGA dan NGO Bukan Islam

Jika di negara-negara barat gologan gay, homoseksual dan lesbian mengadakan perarakan untuk mendapatkan hak dari segi undang-undang mengenai tuntutan mereka terhadap kerajaan masing-masing. Selepas majlis fatwa memutuskan untuk mengharamkan Pengkid terdapat beberapa NGO bukan Islam cuba menidakan keputusan majlis fatwa ini. Mereka beranggapan fatwa yang diputuskan banyak menindas gologan wanita. Yang paling menyedihkan terdapat juga segolongan orang Islam sendiri menyokong NGO-NGO ini dan menyelar tindakan majlis fatwa tersebut. Bak seperti di negara barat ahli NGO berkenaan telah mengadakan demontrasi di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menyatakan pendirian mereka. Kurang kefahaman tentang Islam dan fahaman sempit terhadap Islam adalah punca utama NGO-NGO ini menentang keputusan Majlis fatwa bekernaan. Jika NGO masih ingin menentang keputusan majlis fatwa berkenaan tidak salah jika debat terbuka diadakan untuk menghurai kekusutan dan kefahaman dapat dijelaskan kepada orang ramai. Satu lagi fatwa mengenai pengharaman Yoga sismentik, diharapkan orang-orang bukan Islam tidak menjadikan ia sebagai isu dan beranggapan satu peghinaan kepada agama mereka. Fahamilah fatwa-fatwa yang dikeluarkan hanya untuk orang-orang Islam kepada yang bukan Islam tidak perlu bimbing mengenai pekara ini. Keputusan fatwaan yang dikeluarkan hanyalah untuk menambah baikan kepada umat Islam supaya bepegang kepada akidah Islam yang sebenarnya. Janganlah kaitkan terrorist, Al-Qaeda, Taliban, pengebom nekad dan lain-lain yang dianggap kurang menyenangkan dengan ajaran Islam. Sesungguhnya ajaran Islam suci bersih dan membawa keaman kepada umat manusia. – Kasura, Shah Alam