Sunday, February 15, 2009
Rakyat semakin bijak memahami politik
Senario politik tanah air terus menerus membibitkan kejutan. Apakah nilai maruah seorang yang bernama YB? Saya tidak tujukan soalan ini khas kepada mana-mana ahli politik atau mana-mana parti. Sebaliknya ia ditujukan kepada keseluruhan atau semua yang terlibat dalam perjalanan politik tanah air pihak kerajaan mahu pun pihak pembangkang. Demokrasi dimainkan, rakyat diperbodohkan oleh orang-orang yang tiada maruah dan bermoral. Ingatlah setiap satu undi rakyat adalah amanah. Jika tidak yakin dengan perjuangan mana-mana parti yang ada sekarang, jadilah calon bebas atau tubuhkan satu parti baru dan berjuang atas nama untuk membawa Malaysia yang mempunyai rakyat pelbagai bangsa dan agama kemercu yang lebih baik. Keadaan ekonomi global yang bercelaru dan berkrisis pada masa kini menghendakan ahli-ahli politik dan partinya bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan negara ini tidak terjerumus kepada lembah bahaya. Berpolitiklah untuk kebaikan rakyat dan negara bukan untuk kepentingan peribadi yang lama kelamaan menjadi kurap kepada budaya masyarakat negara ini. Tidak terpikirkah mereka kesusahan rakyat bawahan seperti kami perkerja yang hampir dibehentikan majikan kerana kegagawatan ekonomi, dipihak mana kami harus harapkan. Jurang keharmonian diantara kaum semakin rengang, kerana permainan dan kerakusan politik menyebabkan semangat perkauman semakin menebal tidakah mereka melihat perkara ini. Harga komoditi pertanian seperti kelapa sawit yang jatuh yang menjadi sumber perdapatan utama penduduk sesetenggah kampung tidakah perkara ini harus dicanangkan di Parlimen. Kualiti nelayan kampung terutama nelayan Melayu yang rendah tiada usahakah dipihak ahli politik untuk memperkasakan mereka seterusnya dapat meningkatkan pendapatan mereka. Rasanya rakyat semakin jelas siapa ahli politik yang benar-benar bekerja membantu mereka sama ada melalui buah fikiran atau kaedah-kaedah tertentu. Rakyat juga sudah hampir dapat menilai mana-mana ahli politik yang lebih omong-omong kosong untuk kepentingan peribadi sahaja. Ingatlah janganlah memperbodohkan rakyat generasi baru kerana mereka lebih bijak, generasi muda yakin dengan tiada fanatik kepada mana-mana parti politik mana-mana parti boleh ditumbangkan mana-mana parti boleh diangkat. Kuasa undi bukan ditanggan YB kuasa undi tanggan rakyat, pilihlah parti dan kerajaan yang boleh bekerja untuk kebaikan negara ini. “Terima kasih” – Kasura, Shah Alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)